Netizen terkejut banglo mewah disangka rumah orang, rupanya rumah kambing

Rumah mewah yang kelihatan seperti banglo dua tingkat menjadi tumpuan ramai kerana ia dihuni oleh kambing biri-biri dan bukan manusia.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh pemilik di laman TikTok, bangunan yang dicat dengan warna kelabu dan hitam itu tampak seperti sebuah banglo jika dilihat dari luar.

Nmaun, apabila berada di dalam kediaman tersebut. Ia dipenuhi dengan kambing dan juga kandang khas yang dibina.

Harga haiwan ternakan tersebut bermula dari 10 juta rupiah (RM1,199), bahkan ada yang mencapai ratusan juta rupiah kerana merupakan hasil kacukan antara biri-biri merino dan biri-biri ekor nipis.

Individu yang berkongsi video tersebut dikenali sebagai Afdhol mendakwa rumah tersebut dimiliki oleh seorang lelaki bernama David.

“Pemiliknya amat sayangkan haiwan-haiwan itu dan harganya memang mahal iaitu sekitar 10 juta rupiah (RM2,999)  hingga 100 juta rupiah (RM29,993) seekor,” jelasnya.

Video tersebut meraih ratusan komen dari netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kediaman itu.

“Rumah kambing lebih elok daripada rumah saya,” kata seorang netizen.

“Baunya bagaimana? Tiadakah jira-jiran yang mengadu?” kata netizen lain.

Baca juga: “Masa adik bertarung nyawa kat hospital, rupanya ayah pun ‘bertarung’ dengan perempuan lain sampai mengandung”