Netizen teruja lihat Ismail Sabri bergelar pelajar pada usia 64 tahun

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan hari ini bahawa beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau turut menunjukkan kad pelajar yang diterimanya hari ini, namun tidak memperincikan tentang program yang dipilih.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar.

“Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan keterujaan orang ramai yang turut mengucapkan tahniah kepada beliau.

“Tahniah Datuk Seri, semoga semua dipermudahkan belajar,” ujar Ganak Kamin S.

“Tahniah Datuk Seri, moga maju jaya. Tuntutlah ilmu selagi ada kemahuan,” ucap Aini Isma.

“Hebat Datuk Seri, tiba-tiba terasa nak sambung lagi,” kongsi Lala Sheila.

Baca juga: Bangla ‘flex’ gaji cecah RM4,200, netizen pulak pertikai “Orang Malaysia nak dapat RM4,000 pun sakit”