Netizen teruja lihat ‘kembar’ Putera Mateen, siap seloroh “masih ada chance”

Seorang penjual aiskrim di Gunung Bromo, wilayah Jawa Timur, menjadi viral di media sosial kerana dikatakan memiliki wajah yang mirip dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Dalam video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, lelaki tersebut kelihatan sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan oleh pembeli.

Dia juga sempat melemparkan senyuman sebaik aksinya dirakam oleh pengguna media sosial itu.

“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.

Video tersebut menjadi tular dan ramai yang mengakui bahawa paras wajah mereka dikatakan bagai kembar.

“Sangat seiras!” kata seorang netizen.

Baca juga: “Masa umur 12 tahun aku jumpa mesej curang abah, tapi sekarang aku dah umur 24 tahun rupanya abah masih makan luar”