Netizen teruja lihat peserta program realiti “The Amazing Race” jalani penggambaran di Penang

Adakah anda pernah mendengar tentang program The Amazing Race yang sering disiarkan di kaca tv?

Ia sebuah program bertemakan cabaran dimana peserta perlu menyelesaikan setiap cabaran dan rintangan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akan diberikan ganjaran yang lumayan jika sampai ke peringkat akhir.

Seorang pengguna twitter @_mlikr memuat naik dua video memaparkan dua pelancong berlari sambil diikuti dengan jurukamera yang seakan sedang merakamkan program realiti The Amazing Race.

Difahamkan, menerusi ciapan tersebut dia mengatakan Malaysia akan turut serta di dalam lokasi penggambaran program realiti yang terkenal itu.

Namun masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan perkara itu kerana pada musim akan datang program itu telah pun selesai menjalani penggambaran pada November tahun lepas.

Netizen juga amat teruja menantikan program baru yang akan bersiaran kerana ingin melihat Malaysia ditampilkan di salah satu episode tersebut.

Baca juga: Kecoh Syahmi Sazli sebenarnya seorang scammer, ini cerita sebenar