Lebih membuatkan ramai bengang apabila Panida sanggup memaafkan dua individu yang turut berada di atas bot sama dengan mendiang anaknya.
Menurut laporan LoveKpop, netizen Thailand memuat naik sedutan lagu Lisa Blackpink berjudul Money di Twitter bagi menyindir ibu mendiang Tangmo yang didakwa mata duitan berhubung insiden ini.
Sebelum ini, nama Panida menjadi trending di laman berkenaan dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mengutuk tindakan wanita berkenaan menerima wang pampasan tersebut.
Lapor portal itu, abang tiri Tangmo iaitu Dayos turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tersebut dan mengakui tidak mampu menonton temubual bersama Panida di Channel 3 yang bersiaran pada Jumaat lalu.
Mahu kes ini disiasat secara menyeluruh, Dayos mengambil tanggungjawab mahu menuntut keadilan untuk Tangmo
Dia juga berterima kasih kepada media, rakan-rakan Tangmo dan netizen yang membantu merungkai kes berkenaan.
Dalam masa sama, dia turut memohon orang ramai berhenti mengecam Panida meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan menerima wang pampasan itu.
Netizen kecam ibu Tangmo terima bayaran pampasan RM3.8 juta.
Pada Jumaat lalu, Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju).
Panida menerima permohonan maaf selepas dua individu itu kerap menghubunginya dan mengaku kesal dengan apa yang berlaku.
Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.