Semalam agak kecoh satu Malaysia apabila isu Ruhainies dan Aliff Aziz masih tidak berkesudahan. Pasangan itu dilihat di mahkamah untuk perbicaraan kes khalwat mereka.
Namun apa yang mengejutkan adalah kenyataan dari Ruhainies yang telah ditroll oleh artis dan netizen di Malaysia. “Saya tak tahu nak menangis depan kamera”.
Boom! Semua netizen bagai risau syaitan ketawa terbahak-bahak mendengar kenyataan ini.
Namun timbul lagi satu spekulasi mengenai artis itu yang katanya sudah mendirikan rumah tangga.
Pendedahan itu dibuat menerusi TikTok DI mana nama Ruhainies turut didaftarkan untuk sebuah urusan perniagaan di London.
Namanya juga digabungkan dengan seorang individu bagi penubuhan sebuah syarikat. Tidak ketinggalan, gambar sebuah rumah di London turut jadi persoalan sama ada berkaitan atau tidak.
Mengenai perkahwinan itu, belum ada sebarang bukti bahawa ia sah dan pelakon terbabit tiada mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.
Menerusi satu hantaran lain individu terbabit, status syarikat yang didakwa ada pemilikan bersama itu pun sudah dibubar.
Baca: Abang Bidin “jatuh tergolek” masa sesi live petanda kalah pilihanraya?