Niat jumpa untuk meminang, pasangan terkejut bapa wanita teruskan dengan pernikahan. Tular di Indonesia video mengenai seorang lelaki yang berniat untuk meminang kekasihnya, akhirnya dinikahkan selepas capai kata sepakat.
Wanita itu merakamkan detik dia berkahwin dengan suaminya, manakala video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @mrs.perdana lapor Suara.com
Niat meminang tukar kepada majlis nikah
Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak pada awalnya mengadakan pertemuan bertujuan untuk meminang namun mencapai kata sepakat untuk menyatukan mereka hignga akhirnya majlis tersebut bertukar menjadi majlis nikah yang serba ringkas.
Selepas berbincang, bapa wanita itu segera bersetuju dengan lamaran pilihan hati anaknya yang juga pertama kali ditemuinya. Mereka segera dikahwinkan di hadapan ahli keluarga yang lain.
“Niat untuk melamar serta memperkenalkan bakal suami, ternyata terus dinikahkan oleh bapa saya. Padahal ini pertemuan pertama bakal suami bersama keluarga,” kata wanita itu.
Netizen puji perkahwinan tidak semestinya gah, yang penting berkat. Rakaman seterusnya memaparkan detik pengantin lelaki menyarung cincin pada jari pengantin perempuan.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Pengantin tidak perlu acara mewah, yang penting keberkatan,” kata netizen.
“Kerana orang tua tidak akan pernah salah dengan pilihannya,” komen netizen lain.
Baca Juga: Hutang RM2,451 je, lepas kena tampar dengan durian terus naik RM85,817
Baca Juga: Projek perumahan mampu milik DUN Permatang Pasir, Faiz berjaya realisasikan impian rakyat