Niat untuk hidup bersama-Wanita 41 tahun nikahi anak sahabat jarak umur 25 tahun

Wanita 41 tahun menikahi anak sahabatnya yang jarak umurnya menjangkau 25 tahun dengan niat untuk menjalani hidup bersama malah isu perbezaan usia itu tidak menjadi masalah.

Wanita separuh umur di Kalimantan Barat, Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas dia berkahwin dengan remaja berusia 16 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video perkahwinan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official.

Mariana, melangsungkan perkahwinan dengan Kevin, yang berusia 25 tahun lebih muda daripadanya.

Dari segi undang-undang Indonesia, Kevin masih budak bawah umur. Kevin merupakan anak kepada kawan baik Mariana yang bernama Lisa.

Rakan yang kini bergelar ibu mentuanya itu sudah bersahabat dengannya selama dua tahun.

“Ketika kanak-kanak, Kevin sering datang ke kedai saya untuk membeli makanan ringan.

“Saya tidak menyangka akan berkahwin dengannya. Kami berkahwin dengan niat untuk menjalani hidup bersama, isu perbezaan usia itu tidak menjadi masalah,” kata Mariana.

Berdasarkan laman web rasmi Kementerian Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak (PPPA) Indonesia, umur minimun untuk perkahwinan bagi lelaki dan wanita adalah 19 tahun.

Perkahwinan yang berlangsung secara sederhana pada Ahad lalu itu mendapat perhatian di media sosial.

“Percayalah, jodoh anda masih menjadi embrio. Jangan patah semangat dan terus bersabar ya,” komen seorang netizen.

Baca juga: Azhar Sulaiman pecah rahsia kenapa batu rumahnya tak boleh pecah rupa-rupanya tempat pemujaan Orang Asli