Nik Abduh mengamuk di FB, luah rakyat perlu tahu sebab Khairuddin dipecat

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pagi ini tampil bersuara mengenai sahabat rapatnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai ahli jawatankuasa parti.

Memetik dari Malaysidateline, Ahli Parlimen Bachok berkenaan menegaskan penjelasan kepada umum perlu dilakukan bukan sekadar kepada ahli parti.

“Buah gugur bila sudah cukup masak atau ditiup angin kuat. Buah juga boleh gugur kerana dipotong atau dibedal dengan galah oleh budak-budak. Gugur mesti bersebab.

“Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada umum, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti Pas,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

LANJUT MENYUSUL