KUALA TERENGGANU, 20 Ogos -- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika ditemui selepas beliau dianugerahkan pangkat Pesuruhjaya Kehormat (PA) pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah hotel malam tadi. Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof . Mohd Khairuddin antara 34 penerima watikah pelantikan pegawai kehormat, pegawai bersekutu dan pegawai pasukan pertahanan awam terdiri daripada kumpulan tenaga akademik dan profesional. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Nik Abduh puji Khairuddin: Baguslah beliau tak pakai pelitup muka

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Ahli Parlimen Bachok dari PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, memuji menteri dari parti itu yang dilihat – dan ditularkan – tidak memakai pekliltup muka di tempat awam.

Kata Nik Mohamad Abduh, tingkah laku Mohd Khairuddin Aman Razali itu memberi ‘pencerahan’ kepada orang awam mengenai peraturan pemakaian pelitup muka.

“Beliau (Khairuddin) tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak yang tak wajib pakai pelitup muka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial tengah hari ini.

Khairuddin merupakan ahli parlimen Kuala Nerus yang dilantik Muhyiddin Yassin menjadi menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

Dia mencetuskan kemarahan orang ramai apabila gagal mematuhi peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki baru-baru ini.

Di sebalik kompaun yang dikenakan ke atasnya atas kesalahan tersebut, ulama PAS berkenaan tidak didakwa di mahkamah selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu dikenakan ke atasnya.

Beberapa hari lalu pula tular gambar Khairuddin menemui orang awam tanpa memakai pelitup muka.

Kata Nik Mohamad Abduh orang ramai dinasihat tidak terpengaruh dengan menularkan gambar Khairuddin yang didakwanya “bebudak PH” (Pakatan Harapan.

Dakwa anak bekas menteri besar Kelantan itu lagi, tindakan tersebut adalah cubaan pembodohan minda orang ramai.

“Usah terpengaruh dengan bebudak PH yang secara terancang viralkan gambar-gambar YB Menteri yang tak pakai pelitup muka. Itu semua aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat,” katanya.

Nik Mohamad Abduh juga memberikan nasihat bahawa pada akhir zaman banyak fitnah dan berita palsu tersebar.