Nikah di Thailand dan mahu daftar di Malaysia, Perlis tidak kenakan sebarang denda

Nikah di Thailand dan mahu daftar di Malaysia, Perlis tidak kenakan sebarang denda. Pasangan ini hanya perlu kemukan dokumen lengkap bagi tujuan tersebut.

Menurut Bernama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perlis Ruzaini Rais berkata pasangan terlibat perlu mendapatkan sijil pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka di negeri ini.

Beliau berkata sekiranya berlaku pernikahan di Thailand, pasangan yang tidak mendapatkan sijil pengesahan berkenaan, akan menyukarkan proses permohonan bagi mendaftarkan pernikahan itu dan dianggap tidak lengkap.

“Ramai pasangan yang berkahwin di sana tidak mendapatkan sijil pengesahan ini kerana syarat ditetapkan kerajaan Thailand adalah pihak terlibat perlu bermalam sehari di sana sebelum diberikan dokumen itu.

“Dan bila pasangan itu tidak mendapatkan sijil pengesahan pernikahan, ia menyukarkan mereka untuk mendaftarkan pernikahan di Perlis,” katanya .

Menurut Mohd Ridzuan, terdapat banyak kes pasangan yang tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini sehingga menyebabkan anak-anak turut terkesan antaranya tidak dapat mendaftar untuk persekolahan.

Dalam pada itu, Rozaimi berkata mahkamah syariah di Perlis juga tidak mewajibkan pihak yang ingin berpoligami untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada isteri pertama, maklumat yang dikemukakan itu namun seharusnya lengkap.

“Jika maklumat tidak lengkap dan meragukan, mahkamah syariah akan memanggil isteri pertama bagi mendapat pengesahan,” katanya.

 

Baca Juga: Cuma 2 bahan ini je dah boleh buat brownies tak perlu bakar, tak payah guna tepung dan telur

Baca Juga: Kerajaan belum bayar kepada pengendali MySejahtera, mahu runding harga kurang RM300 juta