Nikah tidak sah adalah persetubuhan syubhah bukannya zina- Bekas kadi terkenal jelaskan nikah tidak sah ada 2 jenis

Seorang bekas kadi terkenal di Kelantan menyifatkan terdapat dua perkara yang menyebabkan nikah itu menjadi tidak sah iaitu nikah yang ‘fasid’ dan ‘batil’.

Menurut Che Ibrahim Mohamed melalui Facebooknya, nikah yang “Fasid” iaitu nikah yang tidak sah kerana sebab-sebab yang tidak sepakat seperti nikah tanpa wali, nikah tahlil, nikah mut’ah dan sebagainya, jadi pengantin itu wajib kena nikah semula.

Tambahnya, nikah yang “batil” iaitu nikah yang tidak sah kerana sebab-sebab yang disepakati seperti adik beradik, isteri orang dan lain-lain, maka nikah ini kena dibatalkan @ mufaraqah.

Justeru katanya, persetubuhan yang berlaku melalui nikah yang tidak sah ini dianggap persetubuhan syubhat, bukan zina.

Si lelaki dikehendaki membayar “maskahwin” sebagai kafarah sebanyak nilai maskahwin yang setara bagi wanita itu.

Anak yang dilahirkan hasil dari persetubuhan syubhat ini boleh “diilhaqkan” kepada lelaki itu sebagai bapanya mengikut setengah qaul.

Contohnya, anak yang terhasil daripada persetubuhan syubhah boleh disabitkan namanya kepada bapa dan juga berhak untuk mewarisi harta peninggalan bapanya.

Memberi komen ke atas status Sabrii Ibn Yunus, Che Ibrahim berkata, tidak perlu diulang-ulang perkara yang dah lepas lagi pun sudah sah malah ada pendapat menyatakan sedemikian.

“Sepatutnya kena sebut aku terimalah nikahnya, tapi muga dah sebut aku terima….. Maka anggaplah ianya sudah sah, tak perlu diulang kerana ada pendapat yang berkata sedemikian.

“Tapi kalau suami dah sebut…saya terimalah seperti yang tersebut (tanpa menyebut nikahnya), maka anggaplah akad tersebut telah sah..,

“Kita terima untuk elak dari khilaf. Kalau kita paksa juga, ulang balik akad nikah tersebut, kena sebut juga lafaz qabul…aku terima nikahnya…tu maknanya kita paksa beramal dengan qaul tertentu sahaja, bukan untuk keluar dari khilaf,”katanya.

Mengikut Enakmen Keluarga Islam Negeri Negeri, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan mana-mana perkahwinan yang dia berpendapat tidak sah atau telah diakad nikah secara bersalahan dengan Enakmen ini.

“Maknanya setakat dok yoya yoya kata tak sah dsbnya hanya mengundang polemik yang boleh memberi kesan tidak baik kepada Islam dan masyarakat,”kata beliau.

Baca juga: Siapa sangka dialog sitcom Pi Pi Mai Tang Tu oleh Sabri Yunus buat Lucy akhirnya jadi realiti