Nikki Palikat bakal bawa lagu terakhir arwah Siti Sarah ke pentas AJL

Nikki Palikat bakal bawa lagu terakhir arwah Siti Sarah ke pentas AJL. Nikki tunaikan hasrat bawa lagu terakhir arwah Siti Sarah berjudul ‘Sudah’ ke pentas Anugerah Juara lagu (AJL) nanti.

Nikki Palikat, 37, diberi tanggungjawab untuk mengambil alih lagu arwah Siti Sarah ciptaan Naim Daniel untuk dipersembahkan di pentas prestij berkenaan.

“Saya ada terbaca kenyataan arwah sebelum ini bahawa lagu Sudah sepatutnya diharapakan akan menjadi ‘lagu AJL’ arwah. Saya ingin tunaikan hajatnya itu dan berdoa jadi kenyataan.

“Apabila ditawarkan menyanyikan lagu itu, saya tahu ia satu tanggungjawab cukup besar untuk digalas. Ia karya yang cukup kuat dan perlukan keadilan dari segi pelaksanaannya.

“Saya sendiri terus jatuh cinta dengan lagu itu. Bahkan kedalaman maksudnya membuatkan saya menangis sewaktu proses rakaman serta penggambaran video muziknya,”katanya.

Menurut Harian Metro, Nikki berkata dia turut berdepan komen membandingkan kebolehannya menghidupkan lagu itu dengan versi Siti sarah.

Sudah lagu terakhir arwah Siti Sarah

Apatah lagi, Allahyarham pernah berkongsi video nyanyian santai lagu itu dengan iringan piano.

“Sewaktu arwah nyanyikan lagu itu, versinya lebih mentah dan sususan lagu pun belum mantap. Manakala terjemahan saya dalam Sudah pula memang cukup berbeza dan mengikut cara sendiri.

Mengenali Siti Sarah, arwah adalah seorang yang akan mengalu-alukan kreativiti penyanyi lain menyanyikan lagunya. Jadi saya yakin sudah dengan terjemahan sendiri terhadap lagu itu,”katanya.

Sebelum ini, suami arwah juga pelawak Shuib berkongsi kegembiraan apabila lagu yang sudah lama diperam itu menemui pemiliknya iaitu Nikki.

Baca Juga: Terung berlado makan dengan nasi putih panas-panas, resepi ringkas je tapi sedap

Baca Juga: Bosan dilayan sopan di restoran, anda kini boleh cari gaduh di Karen’s Diner