Salah seorang waris Hermès, yang bujang dan tidak mempunyai anak, bercadang untuk menyerahkan separuh hartanya kepada bekas tukang kebunnya yang bernilai RM54.86 bilion.
Nicolas Puech mempunyai pertalian darah dengan Thierry Hermes, pengasas rumah fesyen mewah Perancis itu pada tahun 1837. Beliau bercadang untuk mewarisi sebahagian besar kekayaannya kepada bekas tukang kebunnya.
Dia juga nekad mahu mengambil tukang kebunnya itu sebagai anak angkatnya yang sah.
Dilaporkan bahawa Puech memiliki 5.7 peratus daripada modal Hermes. Walaupun jumlahnya mungkin kelihatan kecil, namun ini menjadikannya pemegang saham individu terbesar untuk syarikat tersebut.
Forbes dalam kenyataannya menganggarkan nilai bersih kekayaan Puech sebanyak AS$11.7 bilion (kira-kira RM54.86 bilion), menjadikannya orang ke-161 terkaya di dunia.
Pembantu yang berusia 51 tahun dan berasal dari Maghribi telah bekerja untuk Puech selama beberapa dekad. Dia turut memegang peranan sebagai tukang kebun, tukang, dan pengurus kediamannya.
Lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pasangan tersebut pada dasarnya menjadi satu-satunya ‘keluarga’ bagi Puech, dan dia kerap merujuk kepada mereka sebagai anak-anaknya dan anak angkat.
Pada tahun 2015, Puech memberikan pasangan tersebut lebih daripada AS$1.6 juta (kira-kira RM7.5 juta) untuk membeli sebuah vila di Marrakech, Maghribi.
Pasangan tersebut turut membeli hartanah lain yang bernilai kira-kira AS$4.5 juta (RM21 juta).
Puech telah meminta seorang peguam untuk memulakan proses untuk menjadikan pasangan tersebut sebagai anak angkat, dan kini sedang menanti keputusan pihak berkuasa.
Baca juga: Ajaib! Bayi 4 bulan dibawa angin puting beliung, rupanya selamat tersangkut kat batang pokok