Nombor plat 888.88 ini dilelong dengan harga lebih RM6 juta

Nombor pendaftaran plat kereta 51K-888.88 dijual pada harga 32.34 bilion dong (RM6.24 juta) dalam lelongan secara online semalam.

Lelongan kali pertama yang dibuat di Vietnam turut membenarkan orang ramai untuk membida nombor plat yang diminati.

Dalam dua sesi awal, dua nombor plat iaitu 19A-555.55, telah dilelong pada harga yang tinggi sebanyak 2.69 bilion dong (RM519,265), manakala 30K-555.55 pula berharga 14.12 bilion dong (RM2.72 juta).

Namun pada akhir sesi petang, nombor plat 51K-888.888 pula telah dijual dengan harga yang tinggi iaitu 32.34 bilion dong.

Pembida perlu membayar 100,000 dong (RM19.30) untuk mendaftar dan membuat bayaran muka sebanyak 40 juta dong (RM7,721) untuk menyertai lelongan. Selepas lelongan selesai, wang muka tersebut akan dikembalikan kepada pembida.

Baca juga: “Masa kecik anak aku hitam takde siapa kisah, tapi bila dah besar cantik putih mak mertua dengan suami berani bawak anak lari rumah pukul 3 pagi..”