Kecoh media sosial hari ini apabila penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah selamba membuka baju di depan kamera dan membotakkan kepala.
Perkara itu mencetuskan rasa tidak senang netizen dengan artis itu. Selepas lama mendiamkan diri, Nonny tampil dengan video sebegini membuatkan masyarakat tertanya tanya apa dah jadi dengan hidup pelokon itu.
Pada januari lepas, Nonny pernah mengakui dia disihir oleh orang yang dia kenal.
“Alhamdulillah, saya dah makin pulih dari gangguan sihir. Saya merawat diri dengan mengamalkan bacaan dari ayat al-Quran,” kata pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah ketika diminta mengulas dakwaan menjadi mangsa gangguan sihir, sejak tiga tahun lalu.
“Memang saya sudah pergi berubat dengan cara perubatan Islam sebelum ini. Selepas itu, saya sendiri belajar merawat diri sendiri dengan bacaan ayat al-Quran tanpa bergantung pada orang lain.
“Dengan izin Allah semuanya kembali normal,” katanya dipetik oleh Harian Metro.
Dia juga mengakui wajahnya memang senget sebelah akibat perbuatan sihir itu.
Ditanya sama ada mengenali individu yang melakukan gangguan sihir itu, Nonny mengakui perkara itu.
“Ya, saya kenal dia. Saya mendoakan semoga dia kembali ke pangkal jalan. Selagi tidak bertaubat atas segala perbuatannya itu, dia akan menerima pembalasannya nanti.
“Jika bertaubat, saya akan maafkan segala kesalahannya di dunia dan akhirat,” katanya yang mengakui penampilan dirinya yang tidak bertudung juga ada kaitan dengan gangguan sihir.
Baca: Lelaki bagi bukti Syed Saddiq tak lari 200 km pun dari Muar ke Parlimen