Noor Nabila sampai sukat makanan guna penimbang setiap kali makan

Setiap individu ada cara tersendiri dalam menjaga badan terutamanya jika usia sudah bertambah.

Begitu juga dengan kakak kepada usahawan Neelofa, Noor Nabila yang sering menimbang makanan sebelum menjamu selera menggunakan penimbang elektronik.

Sudah mencecah usia 40 tahun, Noor Nabila dilihat sangat menjaga pemakanan, hal tersebut dikongsikan rakan baiknya Rosix Omar menerusi TikTok.

“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang,” katanya dalam video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam video dikongsikan, terlihat betapa kecilnya portion yang di ambil Noor Nabila dan sangat tegas dalam mengawal berat makanan.

“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ni masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,” ujarnya.

@rosixomar25

Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

Rata-rata netizen memuji tindakan Noor Nabila yang sangat menjaga kesihatan malah ramai berkongsi mereka juga menggunakan teknik tersebut.

“Aku pun mcm ni juga masa mula diet dulu, lepas dapat berat ideal. Makan tak ingat dunia dah. Sebab berat dah tak naik.

“Dia timbang sebab dia tengah diet bukan sebab dia berkira.

“Suami saya diet suku suku separuh, mula-mula memang nafsu, kena paksa diri. Sekarang dia dah terbiasa dengan portion tu, kalau dia makan banyak nanti boleh muntah,” antara komen netizen.

Baca juga: Pensyarah IPTS sanggup tinggalkan kerjaya dan jadi ‘cleaner’ di Singapura, berbaloi dapat gaji cecah RM10K