Nora atau nama lengkapnya Nor Mohd. Danish Hanif mengakui kehadiran ‘bodyguard’ membuatkan kehidupannya lebih lancar.
Pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ yang diupah sejak tujuh tahun lalu adalah atas saranan suami tersayang, Nedim Nazri Aziz.
Pelakon berusia 41 tahun itu bimbang keselamatannya di luar rumah membuatkan dia sedia diiringi ‘bodyguard’ merangkap pemandu peribadi.
“Apabila dia tiada saya kena memandu sendiri tetapi suami pula akan hubungi sepanjang tempoh 24 jam kerana risau.
“Sekarang dia akan menelefon ‘bodyguard’ saya bertanyakan tentang keadaan saya,” katanya ketika tayangan filem Sayu Yang Syukur, di sini semalam dipetik Kosmo.
Kalau Nora sendirian ke mana-mana pun tidak mengapa, lebih baik tetapi beliau cuai dan cepat lupa.
“Laluan biasa untuk pergi ke mana-mana juga saya susah ingat sebab selalu leka. Barang pun selalu tertinggal, telefon bimbit entah di mana. Jadi pengawal peribadi dapat bantu banyak benda,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora turut membintangi filem arahan Datuk Aaron Aziz berjudul Sayu Yang Syukur bergandingan dengan Arja Lee, Fairie Khalil dan ramai pelakon hebat lain.
Sayu Yang Syukur mula ditayangkan di pawagam bermula 28 Disember ini di seluruh negara.
Baca juga: Kantoi pekerja airport curi barang dari bagasi penumpang bernilai RM10 juta