Norjuma buka cerita tentang suaminya sekarang

Ramai mengetahui bekas personaliti TV3, Norjuma Habib Mohamed kini berdepan empat waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Namun menurutnya, dia tidak menerima apa-apa notis dari mahkamah mahupun dari peguam yang dilantiknya.

Norjuma yang suatu ketika dahulu sangat diminati oleh golongan wanita kerana wajahnya yang lembut dan ayu turut membuka cerita tentang suaminya yang sekarang.

“Suami saya sekarang, suami saya sekarang lah”.

“Adalah. Suami saya sekarang mungkin suami orang dulu”, selorohnya lagi.

Norjuma turut memberitahu dia dan suaminya yang kini adalah jiran sekampung namun merahsiakan identiti lelaki tersebut.

Bekas personaliti TV3 itu sebelum ini pernah bernikah dengan adik kepada bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak iaitu Datuk Nazim Razak namun bercerai atas sebab yang dirahsiakan.

Baca juga: “Baru je kahwin dengan duda kaya, dapat hantaran 20k lagi tapi pelik kenapa tiap malam tak tidur sebilik”