Norlia Ghani dedah punca rumah tangga Rusdi Ramli dan Sharon retak

Norlia Ghani yang merupakan ibu kepada Rusdi Ramli mendedahkan punca rumah tangganya dan Sharon tidak sehaluan bagaimanapun kerana anak-anaknya yang menguatkan lagi hubungan itu.

Norlia berkata, dia sangat terkejut apabila mengetahui mengenai masalah rumah tangga anak dan menantunya dari akaun TikTok.

Malah katanya, Rusdi tidak pernah berkongsi bahkan mengadu hal rumah tangganya sejak dahulu lagi.

Rusdi tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau.

Kata Sheron yang pernah mengadu hal kepada Norlia, Rusdi sudah lama tiada ‘job’ sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga.

Mengulas lebih lanjut, Norlia berharap mereka dapat mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga mereka demi masa depan anak-anak.

Dalam rumah tangga memang tidak lari dari masalah dan terpulang kepada kita untuk mengaturnya. Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan. Namun, kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja.

Tambah Norlia, dia sangat berharap Rusdi dan Sharon akan memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

Saya pernah melalui keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa serta perlu putuskan untuk tinggal dengan emak atau bapa?

Justeru, sebelum mereka nak buat sebarang keputusan itu fikirlah keutamaan anak-anak dulu dan letak mereka nombor satu dan selepas itu baru fikir perkara lain.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon, Rusdi Ramli iaitu Sharon Paul memberi bayangan seolah-olah dia dan suami ketika ini sedang menghadapi masalah dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Baca juga: Enjoy dan berfoya-foya di pantai Miami-Anak PM Israel tak mahu ikut perang