Nostalgia zaman belajar, lima resepi maggi ini pasti buat anda berlari ke dapur

Maggi merupakan antara makanan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia kerana ia murah dan juga mudah disediakan.

Ketika di asrama dahulu, paling mudah untuk menyediakan maggi adalah dengan rebus di dalam mini rice cooker.

Namun tahukah anda selain maggi yang sering kita sediakan, ada resepi enak lain yang dapat kita cuba.

Jadi jom kita cuba 5 resepi maggi pada hari ini ayuh!

  1. Maggi Goreng.

Mari kita buat resipi Mamak Style Satu yang terdiri daripada sepaket Maggi yang dicampur dengan bawang, ikan bilis, hirisan ayam, cili kisar, dan pes asam Jawa. Resipi ini popular dan mudah didapati di kedai-kedai mamak. Jom cuba!

2. Maggi Ketam

Anda pasti tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa di Kedai Meggi Ketam Cherang Ruku di Kelantan. Di sini, mereka menghidangkan Maggi yang dimasak dengan penuh kepakaran dan disajikan dalam periuk tanah yang tradisional. Tambahan pula, hidangan ini diperkaya dengan ketam nipah segar yang memberikan rasa yang luar biasa dan menggoda selera. Pastinya, rasanya sangat menyelerakan dan pasti akan memuaskan selera anda.

3. Maggi Cheese

Resepi ini jarang dimasak namun apa kata anda cuba? Kombinasi Maggi, Cheese, tomato dan rempah-ratus. Dicicah pula dengan sos cili. Pasti rasanya unik bukan.

 4. Maggi Murtabak

Kegemaran rakyat Malaysia apabila berkunjung ke bazar Ramadhan. Pasti kedai tutup awal kerana sering diserbu.

5. Maggi Lasagna

Tengok gambar pun terliur. Tetapi harus diingatkan maggi lasagna ini tidak dijual di kedai makanan barat tetapi harus dibuat sendiri di rumah. Siapa yang sukakan lasagna pasti menyukai maggi ini.

Baca juga: Ada yang check-in macam homestay, sekeluarga pelawa orang awam guna tandas secara ‘percuma’ ketika kesesakan teruk