Olimpik: Patutlah acara larian jauh selalu orang Afrika menang, ini sebabnya

Larian 100 meter Olimpik 2024 semalam. Tengok perbezaan antara pingat emas, perak dan gangsa sangatlah tipis.

Ini saya nak cerita. Pelari dari negara-negara benua Afrika ini pernah dijadikan subjek kajian kenapa mereka selalu menang acara larian.

Kajian terbaru (2024) menganalisis lebih sejuta rekod larian jarak jauh mendapati pelari yang paling laju datang dari Ethiopia, diikuti oleh Lesotho, Malawi dan Kenya. Semuanya dari benua Afrika.

Daripada negara-negara ini, banyak kajian (larian jarak jauh dan dekat) tertumpu ada pelari dari Kenya. Dari segi genetik dan biologi, pelari Kenya mempunyai kelebihan sebab;

– kaki lebih panjang

– otot betis lebih ringan

– dapat guna tenaga dari tubuh dengan lebih cekap

– kecekapan metabolik yang tinggi

Selain daripada genetik, persekitaran pun penting sebenarnya. Orang mungkin tak tahu, ramai pelari dari Kenya, Ethiopia dan Malawi berasal daripada dataran tinggi. Latihan di dataran tinggi ini memberikan kelebihan kepada pelari.

Bila kita di dataran tinggi, kita susah nak berlari sebab tekanan udara lebih rendah. Cepat tercungap. Tapi bila dah biasa dengan keadaan itu, kemampuan larian akan jadi lebih baik dan meningkatkan daya ketahanan.

Tidak dapat tidak, tradisi menang dalam pertandingan larian ini dah mengalir dalam darah orang Afrika. Jadi, mereka ada kelengkapan dan latihan yang unik turun-temurun untuk melahirkan pelari elit. Tambah lagi, mereka ini negara tak maju dan miskin. Banyak guna kaki sejak dari kecil berbanding duduk dalam kereta.

Kredit kepada : Zamir Mohyedin