“Opai kena pukul dengan Geng H” – Fatin Afeefa

Sebelum ini kecoh di sosial media apabila Opai, suami Fatin Afeefa telah menyatakan kenderaan yang bukan dari kategori supercar sebagai najis. Dalam kenyataannya, dia ada menyebut kereta-kereta seperti Honda dan Mercedes tergolong dalam kategori najis. Kenyataannya itu disifatkan keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai.

Namun, selepas itu Opai lantas menafikan yang dia tidak bermaksud untuk mengguris hati mana-mana pihak tetapi, hanya bergurau bergurau dan ditujukan kepada rakan-rakannya yang hadir ke acara pertunjukan kereta di Bukit Bintang waktu itu.

“Biasalah bergurau antara kawan-kawan,”

Terbaru, isterinya Fatin Afeefa menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi video menunjukkan suaminya berada di hospital. Afeefa secara ringkas menulis, suaminya kena pukul dengan geng Honda.

Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan bahawa Opai benar-benar dipukul atau hantaran itu sekadar berjenaka sahaja.

Baca juga: https://themalaysialife.com/semakin-banyak-garis-kedut-di-muka-mike-tyson-percaya-waktunya-bakal-tiba/