Orang diet elok amalkan makan mentega kacang, sedap dan mengenyangkan pulak tu!

Untuk menjaga kesihatan yang baik, penting untuk menjalani gaya hidup yang seimbang dengan pemakanan yang betul dan bersenam secara berkala.

Mentega kacang (peanut butter) boleh menjadi sebahagian daripada diet untuk membantu seseorang dalam menurunkan berat badan jika dikonsum dengan bijak.

Ia mengandungi protein, lemak sihat, serat, dan beberapa vitamin serta mineral yang penting. Namun, anda perlu berhati-hati dengan jumlah yang dimakan kerana mentega kacang juga mengandungi kalori yang tinggi.

Bagaimana ia boleh bantu kawal berat badan?

1. Ia mampu buat anda kenyang lebih lama

Memilih snek sebagai alternatif untuk mengatasi rasa lapar adalah langkah yang bijak dalam usaha menurunkan berat badan.

Snek yang kaya dengan nutrien dan protein seperti mentega kacang boleh membantu anda merasa kenyang lebih lama, membantu mengawal selera makan anda.

2. Ia mampu bantu tindak balas glisemik anda

Sebenarnya, protein dan lemak bukanlah satu-satunya yang perlu diambil kira, kerana gula dan karbohidrat juga memainkan peranan besar dalam masalah berat badan.

Ketumpatan gula dan karbohidrat dalam diet mempengaruhi tahap gula darah, yang berisiko untuk diabetes dan obesiti.

Mentega kacang dengan indeks glisemik yang rendah, seperti yang disokong oleh kajian pada tahun 2018, boleh membantu mengawal tindak balas gula darah.

3. Ia mampu bantu anda mengekalkan berat badan

Dalam usaha anda untuk mengurangkan berat badan, penting untuk tidak melupakan satu aspek yang sama pentingnya, iaitu mengekalkan berat badan yang telah dicapai.

Walaupun mentega kacang mengandungi kalori, karbohidrat, lemak, protein, dan nutrien lain, tidak ada kajian yang menunjukkan ia secara langsung menyebabkan penambahan berat badan.

Sebaliknya, berdasarkan pelbagai kajian, dapat disimpulkan bahawa memasukkan kacang dalam diet boleh membantu dalam usaha untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

Baca juga: Tak tahan perlu jaga ‘bayi’ dewasa, wanita ini menang saman halau dua anak keluar rumah