Orang kalau dah bernafsu, berdiri tegak pun boleh ghairah. Beby Acha bidas kritikan gelek melampau, baginya sebagai penyanyi dangdut bergelek itu boleh dikatakan memang sinonim dengan penyanyi dangdut, namun itu tidak bermakna ia untuk menarik penonton berasa ghairah.
Penyanyi Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari, 31, menyifatkan sama ada dia terlalu bergelek ataupun tidak ketika menyanyi, kalau orang yang menonton itu sudah bernafsu dan cepat berasa ghairah, memang tak boleh nak buat apa lapor Harian Metro.
Soal menari itu bergantung pada penonton
“Macam saya, tidaklah terlalu bergelek ketika menari di pentas. Hanya buat gelek yang ‘simple’, sedap mata memandang dan tidak begitu ‘over’. Tapi, ada saja yang cakap, itu dah nampak mengghairahkan.
“Pada saya, soal menari gelek mengghairahkan ini bergantung kepada pandangan penonton itu juga. Kadang-kadang, memang kita tak gelek pun, pakai baju biasa saja dan hanya berdiri tegak, tapi ada juga yang cakap dah nampak ghairah. Ini semua ‘pandangan mata’ masing-masing,” katanya.
Malah, muzik video lagu Jerung Merah juga pernah didakwa berbaur lucah.
Tidak fikir soal kahwin, mahu fokus karier dahulu
Mengakui perjalanan karier muziknya masih jauh, Beby Acha berkata sekarang dia mahu memberi fokus kepada karier dulu berbanding berkahwin.
Katanya, masih banyak yang diimpikan belum tercapai berikutan dia bermula dalam industri pada usia agak lewat.
“Saya baharu beberapa tahun aktif menyanyi. Malah, impian nak ada satu album sendiri pun belum tercapai lagi. Jadi, buat masa sekarang saya belum terfikir mahu berumah tangga,” katanya yang sudah ada insan istimewa di hati, namun dirahsiakan identitinya.
Baca Juga: Noh jawab isu masalah rumahtangga dengan Mizz Nina
Baca Juga: Tempoh 11 hari tak dipatuhi, himpunan besar-besaran bantah barang naik digerakkan petang ini