Orang kanan ‘backup’ Muhyiddin, bagi bukti tak hina YDP Agong

Kecoh isu Muhyiddin menghina bekas Yang di-Pertuan Agong. Tidak lama selepas itu, Istana Pahang membuat satu laporan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia pemimpin itu yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Namun perkara ini dinafikan sendiri oleh pegawai kanan pemimpin itu sendiri. Dengan besertakan bukti, ini jawapan orang kanan Muhyiddin.

Saya tidak fikir Tan Sri Muhyiddin berniat untuk menghina mantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam ceramahnya di Nenggiri.

Beliau sekadar menyatakan fakta tidak dipanggil menghadap walaupun sudah mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Malah, di dalam ucapannya beliau menyatakan tidak berniat untuk memburukkan mantan YDPA. Konteks ucapan beliau adalah untuk menceritakan kronologi pembentukan kerajaan selepas PRU-15. Bukan untuk menghina institusi raja.

Malangnya video ucapan Tan Sri Muhyiddin telah disunting sekerat oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan dan suasana yang tidak harmoni.

Boleh tonton video asal yang tak disunting di sini:-

https://www.facebook.com/marzuki.mohamad.549