“Orang kg tuduh aku dah tak suci, malam pertama tu nenek hulur kain putih suruh letak atas cadar tapi aku tak faham”

Ramai yang mudah meluahkan fitnah serta kata-kata kasar terhadap manusia lain tanpa diketahui mereka ia merupakan dosa yang perlu dimaafkan oleh si mangsa.

Zaman moden kini, fitnah juga berleluasa malahan di media sosial tidak kita ketahui kesahihannya hingga menyebabkan ramai yang terpedaya.

Wanita ini menceritakan kisah sedih dirinya yang difitnah oleh orang kampung hingga menyebabkan keluarga mertua membatalkan pernikahan yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Benar tekaan kalian. Memang perkahwinan kami aturan keluarga. Sebenarnya macam drama sikit cara kami kahwin. Dulu dalam masa sebulan macam tu nak kahwin, (dengan bekas kekasih) laki tu dan family dia batalkan perkahwinan last minit.

Dengan alasan aku ni bukan perempuan baik. Tak tahu la siapa yang tabur fitnah. Tapi pada zaman tu aku memang terima lamaran dari ramai orang sejak aku dah habis sekolah. Sebab dalam kampung, aku ja satu-satunya belajar sampai diploma kemudian kerja kerajaan pulak.

Masa sekolah pun aku pelajar cemerlang jugak. Tau – tau ja la mentality orang kampung. Mesti nak menantu macam aku. Tambahan bukan nak bangga, aku ada rupa paras yang cantik jugak. So semua lamaran tu kami tolak sebab aku dah ada kekasih.

Tak tahu la kot pasal tu ke apa orang berd3ndam sama kot. Lepas tu tabur fitnah. Aku dengan bekas kekasih tu dah bercinta dari zaman sekolah sebenarnya. Kami janji nak sehidup sem4ti. Tapi tak sangka, mudahnya dia percaya pada fitnah berbanding diri aku yang dia kenal sangat lama ni.

Puas bapak aku merayu dan menangis kat family orang tu mintak teruskan majlis sebab kad semua dah edar. Malu la kat orang kampung kalau majlis tak jadi. Tambah – tambah aku kan anak perempuan. Nak kena fikir maruah aku.

Tapi mak dia berkeras kata aku bukan perempuan baik. Dan macam-macam lagi tuduhan. Sedangkan nak tuduh seorang perempuan berz1na perlukan 4 orang saksi kan. Laki tu pun mudah melepaskan aku macam tu ja. Tak de backup langsung. Malahan siap c4bar dia akan dapat yang lebih baik dari aku.

Mak dia pun menc4bar jugak, yang anak dia akan kahwin pada tarikh tu jugak dengan orang lain. Mungkin diorang dah ada calon kot. Bapak aku tanya pada aku, betul ke tuduhan tu. Memang aku bersumpah dengan quran aku tak pernah berz1na dengan sapa – sapa.. Itu semata – mata satu fitnah.

Kalau yang kerja kerajaan tahu la kan, kena pergi kursus sana sini. Yang tu orang tuduh aku berz1na. Katanya ada orang nampak aku keluar dari hotel. Orang dulu kan typical sikit. Kalau nampak perempuan masuk hotel, mesti cop perempuan tu tak baik.

Bapak aku beng4ng. Bapak aku setuju ja la batal perkahwinan. Tapi mungkin terbawak dengan emosi sama kot. Bapak aku angkat tangan doa sambil menangis. Doa depan family laki tu. Aku ingat sampai sekarang doa bapak aku.

“Ya Allah engkau saja yang tahu apa yang benar dan tak. Andai betul tuduhan pihak ni, maka kau jadikan anak aku tak temu jodoh sampai m4ti sebagai balasan atas dosa dia. Tapi andai ini satu fitnah, kau jodohkan la anak aku pada tarikh sama yang kami rancang.”

Kejadian ni agak kecoh jugak la dalam kampung. Biasa la, sorang dapat tau, 100 orang akan tahu. Ramai la jugak dari sed4ra mara jauh, orang-orang kampung pun ada nak lamar aku. Kononnya percaya aku perempuan suci dan macam – macam.

Tapi semua tu bapak aku abaikan. Sebab bapak aku kata diorang hanya nampak kerja kerajaan aku ja. Ada la mak aku cakap, macam dah sumpah depan orang macam tu. Tarikh majlis pun m4kin dekat. Kalau bapak aku tak kahwin kan aku, macam tuduhan tu jadi betul.

Tapi bapak aku kata tak kan nak main terima ja sapa – sapa pun. Sedangkan tu hidup anak dia. Masa tu la bapak aku kenalkan dengan suami sekarang. Sebenarnya masa nak kahwin tu baru tengok muka dia. Cuma time tu bapak aku cerita sikit la pasal suami aku.

Suami aku ni kerja kat syarik4t kiriman wang antarabangsa tu. Ayah aku pulak driver kepada bos suami aku. Bapak aku memang kenal sangat lama dengan suami. Masa tu abang aku cerita. Bapak memang dah lama berkenan nak jodohkan aku dengan suami. Tapi sebab aku ada pilihan hati, family terima ja la.

So bila jadi macam ni, bapak aku memang merayu dekat suami suruh terima aku. Abang aku cakap awal – awal memang suami aku tolak. Tapi bapak kata kat mak, suami aku ni baik sangat. Hormat orang tua, jaga solat. Da kerja bagus.

Kira di mata orang tua dia sangat perfect. Cara dia cakap pun lembut sangat.. Sebab tu bapak aku berkenan. Btw, suami aku ni anak yatim. Dia anak tunggal jugak. Aku tak pernah tahu apa – apa pasal family dia sampai sekarang.

Nak kata dia ada makcik ke pakcik ke, memang tak tahu la. Dah dia pun bukan jenis bersembang. Tapi bapak aku kata dia tak de family. Tu ja la. So sebab konon hormat bapak aku, suami setuju la kahwin dengan aku tapi bapak ada tanya dia jugak, kot – kot dia ada calon lain sebab tu reject aku ke.

Dia kata tak de. Tapi lepas tu dia yang kata ok ja nak kahwin. Entah la, mungkin jodoh Allah tuliskan. Aku pun tak tahu apa dalam otak dia masa tu. Masa tu aku pun tak membantah. Sebab bapak aku bagi kata – kata semangat yang suami aku ni akan jaga aku baik-baik. Bapak banyak pujuk la.

Bagi aku pulak, biar la aku balas jasa ayah aku. Dah pilihan aku dah sapu arang kat muka dia. Aku pasrah ja time tu. Jujurnya masa kahwin, aku pun tak happy jugak. Sebab aku masih cintakan ex aku. Impian aku bina mahligai dengan dia. Tapi berakhir dengan d3rita.

Aku bukan jenis mudah sayang orang, tapi sekali dah sayang, aku susah nak lupa. Setiap masa aku menangis sebenarnya fikir apa yang dah berlaku. Macam mimpi semuanya. Termasuk perkahwinan dengan dia. Tarikh yang sama sebab semua dah booking. Cuma calon suami ja berbeza.

Tapi family aku nampak la sangat happy dapat suami aku sebagai menantu. Bapak aku la yang paling happy. Sebab aku berkahwin jugak sekaligus mem4tikan fitnah orang. Sebab tu kami rasa suami penyelamat maruah keluarga kami.

Lepas kahwin aku duduk rumah dia. Rumah dia yang sangat kemas hasil deco dia sendiri. Setiap ruang – ruang dalam rumah semuanya asing – asing. Bapak aku kata rumah tu dia design sendiri ikut citarasa dia. Yela, citarasa dia kan memang tinggi.

Di mata aku, dia seorang lelaki metros3ksual. Kadang-kadang aku rasa aku tak padan pun dengan dia. Ada la dekat 7 – 8 bulan kahwin, dia memang tak sentuh aku pun la. Buat hal masing-masing ja la. Aku pun tak harap semua tu.

Aku masih dalam proses healing. Sebenarnya kan, ex aku ada cari balik lepas aku dah kahwin. Kononnya menyesal la apa la. Siap suruh aku bercerai dengan suami. Dah macam orang meroyan cara dia. Entah kenapa, time tu rasa macam masih ada cinta pada dia.

Tapi hati aku asyik nampak muka suami ja. Tiba-tiba rasa keliru. Lagipun suami selamatkan maruah aku, tapi laki tu, pijak harga diri aku. Malukan aku depan satu dunia. Terus aku rasa benci kat dia. Tambah – tambah teringat kata – kata mak dia.

Tiba-tiba aku rasa bersyukur tak kahwin dengan dia. Macam Allah selamatkan aku. Dia pun tak de kahwin pun lepas tu. Dengar – dengar asyik tak jadi ja. Ye la, sama sama satu sekolah. Info pasal dia selalu lalu ja di halwa telinga aku.

Lagipun ayah aku hari – hari bangun tahajud baca yasin 40 malam sejak kejadian tu. Untuk apa aku tak tahu la. Aku pun lepas tu tak ambik tahu dah pasal laki tu. Sebenarnya masa malam pertama tu, nenek aku bagi kain putih dekat suami.

Nenek cakap macam ni, sebabkan orang tuduh aku tak suci. Nenek tak nak belakang hari maruah aku dipermainkan lagi. So biar la keluarga kami tahu dan puas hati kalau tahu aku memang suci. Sebab nenek takut satu hari nanti suami aku ungkit apa – apa ke.

Tuduh aku tak suci ke. Kurang ada bukti yang aku memang suci. Tapi aku ingat lagi suami cakap kat nenek, jangan la fikir lagi hal yang lepas nanti benda tu akan buat aku str3ss. Suami cakap lagi, dia tak nak p4ksa aku. Sebab dia kata tak tahu apa aku sedang rasa dalam hati.

Dia kata bagi aku masa untuk sesuaikan diri dengan semua ni. Mungkin aku masih tr4uma. Kata – kata dia saban hari tu yang buat aku m4kin fall in love dengan dia. Sebab seolah-olah dia sangat faham hati aku. Dia tak memaksa, tak mendesak. Dia bagi aku ruang dan kebebasan.

Tambahan dengan cara dia layan family aku, memang agak berbeza dengan cara ex yang sentiasa kondem. Tapi aku ada bagitau mak, aku tak kisah pun nak bersama dia. Sebab slow – slow aku dah macam lupa ex aku. Dan sedar aku dah bersuami. Aku dah ready nak hidup dengan dia.

Mungkin sebab kejadian tu jugak kot suami tak tidur sebilik. Sebab dia fikir aku perlukan masa untuk terima dia. Lama – lama benda tu dah jadi kebiasaan. Masa dia masuk bilik, aku dah faham dia jugak dah sedia nak tunaikan tanggungjawab dia.

Aku risau jugak masa tu. Kadang-kadang bukan semua orang ada keluar d4rah. Tapi mujur la kain putih tu ada warna yang lekat. Kain tu dia sendiri yang bagi kat family. Aku tak tahu la apa reaksi family aku. Gembira la mungkin. Ternyata aku memang suci.

Masa kahwin, dia ada bagi kad atm. Nafkah zahir aku setiap bulan dia masuk dalam bank tu. Aku tak pernah chek pun berapa jumlah. Berpuluh ribu dah mungkin. Aku tak perlukan duit sangat. Barang keperluan rumah semua dia beli. Bil – bil dia bayar. Minyak kereta aku dia isi.

Barang keperluan aku pun dia yang bayar sebab beli sama – sama. Sebab kalau dia nak keluar beli barang, aku akan cakap aku nak ikut. Bab kebaikan dia? Dia memang baik di mata aku. Takde yang kurang apa. Aku ja demand dalam hati nak berkasih sayang dengan dia secara fizikal.

Nak layan dia macam aku mention sebelum ni. Mungkin betul aku yang tak bersyukur. Jalan nak pegang tangan. Dulu pernah ja aku pegang. Dia mungkin tak selesa. Sebab dia jenis jalan laju. Last – last aku pun malu dah nak sentuh dia. Tambah – tambah dah ada anak ni.

Dia banyak berjasa untuk family aku. Dia sponsor mak dengan ayah aku pergi haji dengan pakej private tu. Pergi umrah pun dia sponsor. Dia sponsor adik aku study. Dia banyak belanja untuk keluarga. Repair rumah ayah dan macam macam.

Dia tak pernah berkira bab tu. Dengan mak ayah aku tiap-tiap bulan dia bagi duit belanja sampai sekarang. Lagi kebaikan dia, apa pun aku cakap, dia terus buat immediately. Contoh nak beli barang ke. Nak pergi rumah mak ke. Dia akan cakap hmm, dan terus bersiap.

Nak pergi cuti mana – maca, kalau aku cakap, dia akan tanya bila. Then dia uruskan. Time raya, kami memang kat rumah mak aku. Dia tak kisah bab – bab tu. 16 tahun hidup dengan dia, memang sekali pun tak pernah dia tinggi suara.

Jauh sekali marah atau apa. Dengan anak – anak pun sama. Dia tak berapa suka aku marah anak. Kalau aku marah, dia akan cepat – cepat panggil anak datang kat dia. Mungkin dia takut aku pukul anak kot. Anak – anak kami membesar secara harmoni di mata aku.

Sebab kami kan tak de g4duh – g4duh. Anak sulung sangat rapat dengan dia. Macam kawan-kawan dah style dia layan anak. Macam aku kata la, anak kan kebahgian dia. Masa aku mengandung anak first, family aku yang inform dia. Nampak la raut wajah dia agak happy.

Tapi still tak pernah nak tanya apa pun kat aku. Still tak tido sekatil. Aku pregnant ja, dia suruh duduk rumah mak. Risau apa – apa tak de orang tua. Kalau aku mengandung, setahun lebih dia tak akan sentuh aku. Dari start pregnant sampai anak dah boleh berjalan dah.

Entah apa yang dia takut entah la. Aku pernah mintak nak belaian dia, tapi dia risau nanti effect anak. Ok la masa tu pregnant, masih boleh terima. Lepas dah beranak, dia tak suka buat kalau anak ada. Walaupun baby atau budak – budak dah tido. Bagi dia benda tu kena tertutup sangat.

Means kena pergi bilik lain. Tapi dalam masa sama, dia risau anak terjaga. Entah la. Serba tak kena semuanya untuk dia. Buat pun macam risau dan takut – takut. Lepas tu dia risau aku s4kit. Aku kan operate. Aku pernah cakap aku rasa s4kit.. Sejak tu dia macam takut.

Kalau bab ank, dia sangat berjaga-jaga. Anak – anak aku semua beranak di private hospital yang sama. Sebab dia cakap, diorang akan jaga anak dengan baik. Ibunya jadi apa pun mungkin tak kisah kot asalkan anak dia selamat.

Aku selalu think macam tu la.. Dalam hati selalu jugak terasa. Anak ja yang dia sayang. Tak pernah dalam apa hal pun dia mention nama aku. Sejak anak sulung umur dalam 3 tahun lebih. Seat sebelah driver tu, memang anak sulung yang duduk.

Aku dah lama duduk belakang ja sampai sekarang. Dulu masa anak kecik – kecik, dia biasakan anak duduk depan. Bila suruh tukar budak dah tak nak. Dia pun akan cakap biar anak ja duduk depan. So aku akur ja la. Lama – lama benda tu dah jadi pattern family kami.

Tapi aku pun ada banyak kenangan untuk dikenang bersama dia. Masa aku pregnant anak kedua, tiba-tiba aku s4kit nak beranak. Time magrib masa tu. Dia panik kot. Bawak aku ke hospital tanpa dia pakai baju.. Dia baru nak mandi masa tu.Baru buka baju. Cuma masih berseluar la.

Aku ada cakap pergi la pakai baju. Aku boleh tahan lagi. Tapi dia pecut kereta tak peduli apa dah.. Masa tu family aku pun dia tak tunggu dah. Kadang-kadang time aku tak sihat.. Aku batuk – batuk skit, dia terus tanya kenapa batuk.. Nak pi klinik. Macam tu la cara dia..

Tapi sejak ada anak, dia akan suruh anak ja tanya. Masa anak pandai cakap, kalau aku call dia, dia akan suruh anak yang cakap. Sekarang lagi la. Apa – apa melalui anak.. Time pkp dulu mungkin d3rita bagi setengah orang.. Tapi bagi aku, tu la kenangan terbaik.

Suami jenis solat kat masjid. Jarang sangat la dia solat kat rumah. Time pkp, aku cakap nak jemaah dengan dia. So sepanjang masa tu, walaupun duduk rumah ja.. Aku rasa happy. Macam banyak masa dengan dia. Dapat solat 5 waktu sama – sama dengan dia. Walaupun keperluan lain tu aku tak dapat buat.

Masa sebelum ada anak pernah jugak la merasa jemaah dengan dia beberapa kali. Cuma tak de pun dia nak salam aku ke apa. Kalau aku hulur tangan, dia sambut. Tapi tak de pun kiss dahi aku ke apa.. Time raya pun sama.

Bila aku mintak ampun dengan dia, dia akan cakap sama la saya pun. Lepas tu pergi lepak dengan family aku. Aku pernah ja mesej panjang lebar luah perasaan aku. Tanya dia sayang aku ke tak. Tapi tak de apa – apa respond.

Aku sebenarnya boleh ja terima memang style dia macam tu. Sebab aku bahagia ja hidup macam ni.. Dia sangat bertangungjawab. Tak de kurang apa pun. Tambahan bila dah jadi parents, kebahgian anak – anak pulak kita utamakan.

Dah anak pun selalu happy. Dia kan ayah yang sangat mithali. Semua tu tak de kurang. Tapi kenapa aku sanggup tulis panjang – panjang kat sini, sebab aku tak mampu tahan lagi perasaan curiga aku lately ni. Aku tak mampu share kat orang yang aku kenal sebab aku sangat – sangat sanjung suami aku.

Aku tak nak dia yang dipandang tinggi tu tiba-tiba orang pandang dia h1na. Sejak akhir ni, aku rasa macam dia ada perempuan lain.. Tapi entah la. Aku tak tahu nak sahkan macam mana. Aku tak tahu nak confront dia macam mana.

Aku fikir macam – macam, kebahagian anak – anak akan h4ncur ke. Sedangkan kami ni perfect family di mata orang. Tambah – tambah pada family aku.. Pasti keluarga aku susah nak terima kalau betul perempuan tu isteri kedua dia.

Aku mintak maaf, panjang gila – gila aku tulis, tapi tak dapat nak habiskan jugak. Next confession aku cerita macam mana aku dapat tahu tu. Terima kasih atas komen semua. Idah (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Dari luar dengar anak meraung, baru lahir 5 bulan tapi makngah dah cubit sebab muntah kat kain dia”