Akhirnya Putrajaya dah ada pantai guys! kalau sebelum ini orang Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa pergi jauh semata-mata untuk ke pantai, selepas ini tak perlu lagi. Dalam 45 minit perjalanan sahaja anda boleh sampai ke pantai di Putrajaya.
Pantai buatan di Putrajaya ini telah dibuka kepada orang awam bermula semalam, 1 Mac 2022.
Pantai ini dinamakan sebagai Pantai Floria dan ia merupakan produk terbaru Putrajaya di Anjung Floria, dekat Masjid Besi.
Pantai buatan itu terletak berhampiran dengan Pullman Hotel Putrajaya yang kini bertukar menjadi Double Tree by Hilton Putrajaya.
Bagaimanapun pantai terbaru ini berbeza dengan kolam pantai di Double Tree, Presint 5. Air di Pantai Floria adalah air tasik secara terus dan lebih bersih berbanding kolam pantai sebelum ini.
Mana-mana pengunjung yang datang untuk memancing juga dibenarkan di kawasan bersebelahan dengan Pantai Floria.
Pantai buatan yang menghadap dengan Tasik Putrajaya ini menjanjikan suasana santai dan sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Apa yang menariknya di sini, selain pantai buatan dan juga tasik, bagi anda yang gemar dengan aktiviti senaman seperti joging dan berbasikal sangat sesuai untuk datang ke sini bersama anak-anak dan keluarga.
Kawasan di sini selesa dan cukup dengan kemudahan tandas dan kemudahan lain yang boleh digunakan.
Bagi anda yang mungkin mencari kawasan “pantai” di dalam bandar, sangat sesuai untuk datang ke sini dengan membawa tikar dan sedikit makanan sambil luangkan masa bersama keluarga dan rakan.