Orang pertama di Malaysia pakai Apple Vision Pro jalan-jalan di KL, sekali lain pula yang jadi

Apple baru sahaja mengeluarlan produk barunya yang bernama Apple Vision Pro. Ini kisah manusia pertama di Malaysia yang try di Kuala Lumpur:-

Ada sorang brader tegur pasal pakai Apple Vision Pro. “Dik, kenapa pakai benda kat kepala ni kawasan outdoor? Nampak menunjuk dan menyampah aku tengok” Aku jawab…

Saya tengah cuba dan kaji kebolehan dia memandangkan Vision Pro memang serba boleh untuk digunakan masa berjalan. Nampak jelas suasana, takde delay dan boleh sambil tengok video tapi masih nampak apa yang berlaku depan mata. Berbeza dengan VR Headset lain.

Kerja saya pun dalam bidang mengulas dan mencuba produk tech baru untuk pengguna macam abang boleh decide apakah produk yang sesuai dengan bajet dan keperluan abang. Respond dia…

“Muka berkerut tak faham sambil hisap rokok dengan gah, rambut pacak dan cekak pinggang.” Aku syak abang ni memang tak faham pasal apa kebolehan Vision Pro ni. Sebab…

Kadang orang kita tak faham teknologi baru ni & apa sebenarnya kebolehan dia. Jadi tanggungjawab aku untuk explain dan educate. Betul, tak sesuai pakai di Malaysia sebab cuaca panas dan berpeluh. Tapi memang boleh pakai di luar kalau cuaca tak panas sangat atau sejuk macam di US

Tapi tak boleh pakai masa buat perkara yang berisiko misalnya bawa kereta, skuter di kawasan crowded dan berlari. Setakat jalan tu okay lagi, sebab memang nampak jelas.

Ada teknologi yang kita dah biasa, benda tu takde perhatian. Tapi bila benda luar biasa ni, benda tu boleh jadi perhatian. Umpama zaman macam dulu, pertukaran dari fon biasa ke smartphone dan dari fon ada keypad ke fon yang guna touch screen pun ramai persoalkan.

Sama juga macam 5G, orang anggap 5G ni sihir dan konspirasi. Padahal benda tu hanya rangkaian internet yang lebih laju dan tiada latensi untuk adapt dengan keperluan sekarang yang guna resolusi video tinggi, stream game dan sebagainya.

Kadang orang kita hanya kurang faham dan taknak ambil tahu teknologi baru yang wujud dan bakal ada. Dengar pun dari orang yang bukan pakar dalam bidang tu siap konspirasi lagi.

Paling memilukan sampai jadikan kartun The Simpsons sebagai kepercayaan mereka terhadap apa yang bakal berlaku (ramalan). Dah macam mengarut sangat keluar dari akidah kita.

baca; Pekerja Domino’s Pizza dirakam buat pizza sambil korek hidung