Orang ramai berpusu-pusu rebut duit RM4.8 juta jatuh dari langit gemparkan penduduk kampung

Kira-kira RM4.8 juta duit jatuh dari langut telah mengejutkan ramai penduduk kampung berhampiran bandar Lysa nad Labem.

Rupanya duit dari seorang Pempengaruh dari Republik Czech yang menjatuhkannya melalui sebuah helicopter dan mencampakkanya kepada kira-kira 4,000 individu.

Pempengarh itu Kamil Bartoshek atau dikenali Kazma yang juga pengacara TV Republik Czech berhasrat untuk memberikan sejumlah besar wang kepada seorang pemenang.

Para pemenang pula perlu menyelesaikan kod yang dikodkan dalam filem Kazma ‘Onemanshow: The Movie’ untuk mencari wang itu namun tiada siapa yang dapat menyelesaikan misteri itu.

@kazma_kazmitch

The first real MONEY RAIN in the world! $1.000.000 dropped from the helicopter in the Czech Republic and no one has died or got injured. #ONEMANSHOWtheMovie #TheEnd

♬ původní zvuk – Kazma Kazmitch

Oleh kerana peserta tidak dapat menyelesaikan, Kazma kemudiannya merangka strategi alternatif dan memutuskan untuk berkongsi hadiah wang dengan semua peserta yang sudah mendaftar.

Kemudian Kazma menghantar e-mel pada Ahad jam 6 pagi kepada mereka termasuk butiran yang disulitkan di mana dia akan mendepositkan wang itu.

Kazma mengotakan janjinya dan tiba dengan helikopter di lokasi serta masa yang ditetapkan dan memuat naik video itu di akaun Instagram (IG) rasminya dengan kapsyen, “Hujan wang sebenar pertama di dunia!”

“Helikopter kargo akan terbang melintasi Republik Czech dalam beberapa hari.

“Hanya mereka yang mengaktifkan kad mereka akan tahu bila dan di mana ini akan berlaku,” kata Kazma dalam satu pengumuman sebelum tarikh akhir,”katanya.

Ribuan individu telah berkumpul di ladang dan mengambil semua wang kertas dalam beg plastik dalam masa kurang satu jam sebelum wang jatuh dari langit.

Sebaik wang jatuh dari langit orang ramai dilihat berlari pantas di tengah padang dengan beg, cuba mengumpul sebanyak mungkin bil satu dolar.

Ada juga yang membungkus payung untuk memperoleh wang sebanyak mungkin dan secepat mungkin.

Menurut Kazma, kira-kira 4,000 individu datang dengan setiap wang kertas termasuk kod respon pantas (QR) yang dipautkan ke portal Internet di mana pemenang boleh menderma wang kepada badan amal.

Baca juga: Dr Zulkifli Al-Bakri terkejut dapat jam Rolex mewah dari Raja Arab Saudi, nekad jual semula untuk Palestin