Orang tua cakap nak sardin sedap kena tumis dulu, jangan lupa tambah lagi 1 bahan rahsia ini

Sardin adalah antara hidangan ringkas yang menjadi kegemaran banyak orang. Satu hidangan seperti ini sudah cukup dimakan dengan nasi putih. Memang cukup menyelerakan!

Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu, sardin akan menjadi lebih sedap jika digoreng terlebih dahulu.

Tapi ramai yang takut kerana ikan sardin akan meletup-letup aoabila digoreng. Jom ikuti tips ini untuk mengelakkan ia berlaku.

Cara-caranya:

Petuanya hanyalah dengan menambahkan 1 sudu tepung beras ke dalam minyak gorengan. Mesti tak meletup! Tekstur lauk sardin juga akan menjadi lebih sedap.

Setelah garing, boleh diangkat dan dimasak mengikut citarasa masing-masing. Salah satu resipi yang boleh anda cuba adalah Sardin Cili Padi resepi Shazura Bahari. Memang unik dan berbeza dari yang lain. Mesti kena cuba!

Resipi Sardin Tin Cili Padi

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Minyak
  • Cili kering
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Limau kasturi atau lemon

Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, dan cili merah.

Kemudian panaskan minyak dan tumis cili kering yang telah dikisar hingga pecah minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar.

Jangan lupa tambahkan garam, gula, dan serbuk perasa. Kacau rata. Akhir sekali, perah limau kasturi atau lemon dan hidangkan.

Baca juga: Irma Hasmie terkilan rakan baik kongsi kisah penceraian, akui tidak mahu buka pekung di dada