Berbicara tentang anak sulung, seorang usahawan wanita yang mesra disapa sebagai Ericya Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu baru bergelar ibu, tetapi anaknya menjadi buah mulut kerana dikatakan mandi dengan air mineral.
Madmmu melahirkan Ahmad Kayden buat pertama kalinya pada 9 Jun lalu selepas melahirkan putera sulung.
Baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok (@madammmu), wanita ini menceritakan kisah yang berlaku ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu.
Madammu berkongsi kisah apabila suaminya Muhammad Azri Che Noh atau dikenali sebagai TP tidak membenarkan bayi mereka dimandikan dengan air paip.
Oleh disebabkan itu, suaminya sanggup membeli beberapa botol air mineral di kedai berhampiran untuk digunakan bagi memandikan bayi mereka bernama Kayden.
Dalam nada berseloroh, Madammmu mengatakan dia hanya mandi menggunakan air telaga sahaja ketika waktu kecil.
Ini bukan kerja Mummy, ini kerja Papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli. Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga je. Begitulah kasih bapa yang jarang orang nampak.
Video menunjukkan pembantu Madammmu menuang campuran air panas dan air mineral di dalam bekas tempat mandi bayi telah mendapat perhatian ramai.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tahu Suami Madammmu Tak Bagi Bayi Mandi Guna Air Paip Di Kampung.
“Yang ini betul-betul TP punya kerja sebab dia yang nampak warna air dalam tangki.
“Air tangki kuning waktu Madammu baru sampai di kampung,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas mendapat tahu bahawa suami Madammmu tidak membenarkan anak kecilnya dimandikan menggunakan air paip di kampung.
Sesetengah netizen berpendapat bahawa pasangan ini hanya memberikan yang terbaik memandangkan perjalanan mereka untuk mendapatkan zuriat agak mencabar.
Baca juga: Siapa sangka lelaki ini diterima masyarakat walau pernah digelar hantu di zaman sekolah