Seekor kucing berwarna oren telah kelihatan di sebuah hopital rupanya tangannya telah cedera luka dan memohon untuk mendapatkan rawatan.
Menerusi perkongsian video tersebut, kejadian yang melibatkan seekor kucing berwarna oren itu dipercayai berlaku di salah sebuah hospital di Selangor.
Seekor kucing yang telah tular menerusi satu perkongsian video mengenai seekor kucing telah datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan.
Dapat dilihat Oyen mengalami kecederaan di bahagian kaki hadapanya. Oleh itu, kucing tersebut dilihat berjalan dengan berjingkit-jingkit seakan menahan kesakitan.
Kemudian seorang jururawat yang terlihat Oyen telah membantu membawa kucing berkenaan ke bilik rawatan. Kaki Oyen dah berbalut keluar dari bilik rawatan
“Kelihatan seorang jururawat lalu di situ dan segera menghantar ke bilik rawatan,” tulis muat naik video tersebut.
Selang beberapa minit kemudian, kucing tersebut dilihat keluar dari bilik rawatan dengan balutan pada kaki hadapannya.
Terbaik jururawat bantu rawat Oyen
“Kisah seekor kucing bernama Oyen pergi Hospital Selayang nak buat rawatan tangannya cedera. Tak tahu sebab apa. Terbaik jururawat-jururawat dekat sini amat sporting sekali.
“Dengan haiwan pun diorang bantu juga memberikan rawatan terbaik,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
Salah seorang daripada pengguna kemudiannya meninggalkan komen bahawa kucing itu telah diambil oleh sebuah keluarga.
“Dah ada insan yang baik hati ambil dia haritu. Tak sempat nak ambil gambar akan tu dengan keluarga dia. Doakan mereka sekeluarga murah rezeki ya,” tulis seorang netizen.
Baca juga: Seludup ular, lipan berbisa bawa maut, wanita ini nekad sembunyikan dalam coli kerana…