Pakai tudung ditolak akhirnya berkat doa, usaha wanita ini berjaya buka restoran sendiri di Korea

Zaman sekarang, bukan senang mahu mendapat pekerjaan tambahan pula bekerja ditempat orang yang semua sedia maklum banyak syarat yang diperlu dipatuhi termasuklah pemakaian tudung.

Namun, jika masih tidak dapat bekerja itu bukanlah satu alasan untuk kita terus patah semangat Seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita membuktikan berjaya membuka restoran sendiri di Korea selepas melalui pengalaman pahit telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bukti mampu buka restoran di negara orang wanita yang dikenali sebagai Kim Seri itu berkongsi pengalaman pahitnya ketika berada di Korea.

Difahamkan, pada masa itu dia ingin meminta kerja di sebuah restoran. Namun, pekerja yang bertugas memberitahu mereka terpaksa menolak kerana tidak menerima pekerja yang memakai tudung.

Pengalaman pahit itu masih dirasakannya sehingga hari ini. Siapa sangka, dengan usaha, berkat dan doa. Dia kini berkongsi mampu membuka restoran sendiri di Myeondong, Seoul, Korea Selatan.

“Yeay another halal food in Korea” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan tumpang gembira atas pembukaan restorannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 160K likes dan 3,630 comments di TikTok.

Baca juga: ‘Kuda emas’ baka kuda perang milik Rasulullah paling mahal di dunia dijual dengan harga RM8 billion