Selepas menjalani pembedahan kedua pada hari Selasa, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, telah menunjukkan kemajuan yang positif.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal turut makan dengan sendirinya dan bersemangat untuk melakukan latihan yang ringan.
“Alhamdulillah. Pembedahan kedua berlangsung selama tiga jam. Hasilnya, saya dimaklumkan oleh pakar amat positif. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia.
“Faisal juga sudah boleh makan dan perkara baik adalah dia sudah cuba membuat latihan ringan bola sepak.
“Ini petanda sangat baik semangatnya yang cukup kuat,” katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta pada Rabu.
Terdahulu, tular di media sosial berita tentang pemain kebangsaan Malaysia itu yang disimbah asid ketika meluangkan masa bersama ahli keluarga di Petaling Jaya.
Dia turut disahkan melecur tahap keempat dan akan dikawal rapi di sebuah hospital swasta malahan tiada pelawat yang dibenarkan masuk kerana bimbang akan jangkitan kuman.
“Masih ada lagi pembedahan ketiga keempat dalam masa terdekat. Ia akan dilakukan berperingkat.
Baca juga: Gelombang panas punca ramai diserang strok haba, Terengganu adakan solat sunat Istisqa