Kecoh satu hospital hari ini apabila ada seorang doktor pakar dituduh merogol seorang wanita yang dibius di hospital.
Giovanni Quintella Bezerr, yang juga seorang pakar bius berumur 32 tahum dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa pembedahan sedang berlangsung.
Bezerr yang baru sahaja menamatkan latihan perubatannya dalam anestesia dua bulan lalu ditangkap di Rio de Janeiro pada 10 Julai.
Video perbuatannyaitu sempat dirakam oleh nurse secara rahsia selepas berasa pelik dengan gerak lakunya semasa pembedahan sedang dilakukan.
Polis berkata, tiga lagi wanita yang dirawat pada hari berbeza telah tampil menyatakan mereka menjadi mangsanya.
Bezerra hadir di mahkamah buat pertama kali pada Selasa yang mana hakim menjatuhkan hukuman ditahan sehingga kes itu disiasat.
Jika sabit kesalahan, Bezzera berdepan hukuman penjara 8 hingga 15 tahun.
Baca: Hanya didakwa atas pengabaian, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah