Pakar pemakanan gesa elak beli ‘carrot’ dari China, terkejut ramai taktahu bahaya menanti

Seorang pakar pemakanan menyarankan orang ramai agar tidak membeli lobak merah yang datangnya dari negara China. 

Menggunakan nama Fairus Hamidin, wanita ini menggesa kerana wujud racun yang disembur pada sayuran itu. 

“Sebolehnya elak segala sayuran/buah dari China atas isu pencemaran racun, baja penggalak berleluasa dan isu tanah yang toksid.”

Fairus menegaskan sayuran yang ditanam di negara itu menggunakan baja penggalak yang memberi kesan pada badan manusia. 

Malahan tanaman mereka juga wujud isu tanah yang bertoksik. 

“Jangan beli ‘baby carrot’ yang kecik comel molek. Itu sebenarnya dari hampas dan sisa karot yang dibentuk, diproses semula dan direndam dengan larutan pengawet kimia.”

Pakar pemakanan itu turut mendakwa ‘baby carrot’ yang sering dibeli oleh pelanggan sebenarnya adalah dari kimia. 

Ia terhasil dari hampas lobak merah yang tersisa kemudian diproses semula menjadi lobak merah bersaiz lebih kecil. 

Baca juga: Bukan hanya Farah Kartini, ini antara mangsa hilang dan bunuh yang gemparkan Malaysia