“Kejujuran itu penting dalam peniagaan”- Pakcik buang semua roti canai yang terkena air hujan dipuji netizen. Dalam dunia perniagaan, sudah semestinya akan ada cabarannya yang tersendiri. Sebab itulah bukan mudah nak jadi peniaga atau pemilik kedai kan.
Itulah yang terjadi kepada pakcik pembuat roti canai ini apabila dia terpaksa membuang doh roti canai dan termasuklah roti canai yang sedang digoreng di atas kuali kerana makanan tersebut dikatakan terkena air hujan dari atap kedainya.
Tindakan pakcik tersebut melakukan sedemikian telah menarik perhatian pengguna media sosial setelah dikongsikan di Facebook Kongsi Viral baru-baru ini.
Dalam video tersebut, dapat dilihat pakcik itu telah membuang roti-roti canai yang terkena air hujan dari atap kedai ke dalam tong sampah kerana roti canai tersebut telah tercemar.
Ini kerana kita tak tahu apa yang ada dekat atas atap kedai kan, manalah tahu kalau ada tahi burung ke kan, jadi untuk keselamatan perut pelanggannya, pakcik tersebut memutuskan untuk membuang roti canai tersebut.
Tindakan pakcik tersebut telah mendapat pujian daripada netizen kerana ramai yang memuji kejujuran pakcik itu dalam berniaga.
Ada juga yang berpendapat tindakan pakcik itu juga wajar kerana mereka mengatakan doh roti canai yang terkena akan rosak, jadi mungkin bila nak tebar tu nanti tak akan menjadi.
Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar Allah S.W.T akan menggantikan rezeki lain yang lebih baik kepada peniaga roti canai tersebut.
Baca juga: Selalu rasa rezeki sempit? Ustazah ini ajar amalan untuk menarik rezeki