Seorang lelaki tua menjadi tular di media sosial setelah beliau terlihat sedang berdoa di tengah-tengah jalan raya yang sibuk, hanya kerana enggan menerima saman dari polis trafik.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Indonesia, seperti yang dilaporkan oleh portal berita dari negara tersebut.
Lelaki tersebut disaman kerana tidak memakai helmet dan tidak memiliki lesen memandu motosikal. Dalam video yang tersebar, lelaki tersebut yang memakai serban dan jubah, dengan tenang membentangkan sehelai kain seperti sejadah di jalan raya dan melakukan sujud berhampiran dengan anggota polis trafik yang menjalankan pemeriksaan.
Tidak hanya itu, beliau juga didakwa berdoa agar anggota polis itu diberi hidayah serta azab.
“Selain itu, pengendara tersebut juga tidak membawa surat-surat kendaraan dan surat Izin Mengemudi (SIM). Dalam doanya dia meminta Allah agar memberikan azab pada petugas tersebut,” lapor Acheh.Tribunnes.
Sebelum insiden tersebut, polis trafik tersebut sedang melakukan pemeriksaan trafik rutin.