Sebuah rumah di Pontiac, Michigan, Amerika Syarikat (AS), diiklankan dengan harga $1(RM4.65) namun ia hanyalah gimik pemasaran kerana ia bakal terjual dengan harga kira-kira AS$40,000 (kira-kira RM186,000).
Walaupun begitu, gambar yang diiklankan menunjukkan lantai yang diliputi kotoran dan dinding yang mengelupas.
“Serlahkan kemahiran lakukan sendiri (DIY) hiasan dalaman dan sahut cabaran untuk menjadikan (kediaman) dua bilik tidur serta satu bilik air sebagai karya agung yang akan menjadikan Chip dan Joanna berasa rasa iri hati,” tulisnya dalam senarai iklan merujuk kepada bintang rancangan realiti Fixer Upper, Chip dan Joanna Gaines .
Walaupun beberapa bilik kelihatan tidak sempurna dengan dinding yang terdedah dan bingkai kayu serta penebat gabus, kediaman itu dikatakan mempunyai keistimewaan yang unik.
“Masuklah ke dalam dan alami emosi yang mendebarkan sambil kamu menemui setiap sudut dan celah yang memerlukan sentuhan kreatif kamu,” katanya.
Namun bagaimanapun, bahagian luar rumah tersebut dilitupi rumput dan kelihatan usang.
“Bayangkan taman yang begitu liar. Rimbunan renek yang ditumbuhi dan rumpai eksotik memberikan suasana misteri,,,” menurut iklan itu.
Kediaman di kejiranan itu berharga kira-kira AS$144,700 (kira-kira RM673,217) namun harga rumah ini adalah yang termurah berbanding 153 rumah yang lain.
Baca juga: Kasih hingga ke syurga! Kakak derma rahim kepada adik supaya mampu miliki anak sendiri