Pasangan pengantin baru di Cilegon mencuri perhatian pengguna media sosial setelah menerima hadiah istimewa berupa satu hektar kebun kelapa sawit dari bapa saudara pengantin lelaki.
Berdasarkan video yang diulang semula di platform TikTok, Kemas Andika dan isterinya, Angesty Prawidyasari, diraikan dalam sebuah acara perayaan di sebuah hotel.
Mereka kemudiannya menerima hadiah kejutan misteri dari nenek pengantin perempuan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero Sport berwarna hitam.
Menurut Kemas Andika, atau lebih akrab disapa Dika, hadiah itu diberikan sebagai pelengkap kepada mas kahwin yang telah diserahkan kepada Angesty, iaitu 2 hektar kebun kelapa sawit.
“Kami baru tahu mengenai hadiah-hadiah itu pada hari ini (majlis perkahwinan). Kami amat terkejut melihatkan hadiah ini, namun ia adalah tanda sayang keluarga terhadap kami,” katanya.
Baca juga: “Lagi sebulan nak kahwin, mak aku batalkan kahwin sebab menantu kantoi taktahu masak”