Paling special ialah telur dadar yang pastinya mesti ada dalam setiap menunya. Graduan Nurin Batrisha hari ini menerima ‘hantaran perkahwinan’ yang tidak pernah dibuat orang.
Seorang graduan wanita Nurin Batrisha disambut dengan kejutan luar biasa daripada ahli keluarganya. Mereka menghadiri majlis graduasi sambil membawa dulang hadiah perkahwinan yang dihias indah seakan rombongan meminang.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di platform TikTok oleh @shahirafairuss, antara hadiah yang diletakkan di atas dulang berkenaan ialah telur dadar yang merupakan makanan kegemaran beliau. Tak sah jika tiada ada telur dadar.
Selain itu, baju kelawar, ubat resdung, kuaci, kain batik, baju, tudung dan sejumlah wang tunai.
Pemilik video itu berkata, hadiah-hadiah tersebut mempunyai kaitan dan makna buat graduan itu.
Melihat ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ahli keluarga berkenaan dan mereka turut menyifatkan pemberian itu sebagai sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.
“Nanti nak kahwin, dah tak perlu nak sediakan hantaran sebab dah merasa waktu konvokesyen,” komen Nina.
“Nampak sangat keluarga dia seronok dan gembira tengok dia konvo (konvokesyen), semoga keluarga ini bahagia hingga ke jannah,” tambah @caramellatte.
Baca juga: Bapa bengang isteri tak nak layan hubungan intim, anak jadi mangsa