Panas !!! Ambulans langgar penunggang motosikal di Serendah

Seorang penunggang motosikal cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata kejadian berlaku apabila ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.

“Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminita menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penunggang-motosikal-cedera-dilanggar-ambulans-304225