Panas!!! Anwar persoal bajet meningkat untuk tampung kos duta khas tiada fungsi

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tertanya kewajaran memperuntukkan RM482 juta kepada Jabatan Perdana Menteri bawah Belanjawan 2021, iaitu peningkatan sebanyak 10.7%, menyoal apakah ia untuk membayar lantikan politik.

 

Anwar menarik perhatian kepada lantikan-lantikan politik yang dianggap tiada fungsi ketika negara berdepan Covid-19, seperti duta khas ke Timur Tengah dan China.

 

“Sementara kita bagi RM300 kepada polis, petugas barisan depan, nelayan, dan sebagainya, kita lihat peningkatan untuk JPM bagi tujuan pengurusan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.