Panas !!! Ebit Lew dijangka buat laporan polis petang ini

Panas !!! Ebit Lew dijangka buat laporan polis petang ini

Ebit Lew akan membuat laporan polis berkenaan isu yang sedang hangat berlaku mengaitkan dirinya.

Menurut sumber, beliau akan membuat laporan polisnya itu di IPD Dang Wangi lewat petang ini. Kenyataan media akan menyusul selepas itu.

Sebelum ini, hangat di media sosial cerita tentang kaedah kemasukan pasukan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit IrawanIbrahim Lew ke Semenanjung Gaza dikatakan bakal memberi kesan besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam memberi bantuan kepada penduduk di Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di Gaza berkata, kaedah diamalkan oleh semua NGO yang beberapa kali masuk dan keluar ke Semenanjung Gaza adalah melalui pintu sempadan Rafah di Mesir dengan melalui NGO antarabangsa, Miles of Smiles.

Katanya, dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 orang sahaja yang dapat memasuki Semenanjung itu dalam masa setahun.

“Jika sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baharu dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.

“Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi pasukan Ebit Lew berjaya masuk ke Semenanjung Gaza tanpa mengira kos yang perlu di bayar dan kesan besar selepas itu.

“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk,” katanya dalam saluran Telegramnya, hari ini.

Terdahulu, baru-baru ini timbul ‘sengketa’ antara Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dan Ebit Lew yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu sehingga meraih pelbagai respons daripada masyarakat dan warganet.

Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya.

“Sebanyak AS$1200 seorang untuk warga tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar serta mendapat layanan istimewa tanpa perlu banyak berhenti.

“Untuk orang luar, pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya menyeru supaya memperbaiki kelemahan atau kekurangan pada masa hadapan.

“Pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan, sama-sama berpegang untuk membantu dan bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan serta tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang,” katanya.

COMMENTS