Panas !!! Guru Besar termasuk 9 guru didakwa rogol empat murid sekolah

Seramai sembilan guru termasuk seorang guru besar di sebuah sekolah kerajaan didakwa merogol dan mencabul empat murid di daerah Rajasthan Alwar.

Lapor India Today, kes terbongkar selepas bapa kepada salah seorang mangsa bertanyakan alasan anaknya tidak pergi ke sekolah.

Mangsa yang menduduki kelas 10 kemudian memberitahu dia menjadi mangsa rogol secara berkumpulan di sekolah lebih setahun.

Pelajar itu mendakwa dua guru perempuan lain pula bertindak merakamkan perbuatan terkutuk tersebut.

Pegawai Polis Mandhana, Mukesh Yadav berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis dan akan menyiasat perkara tersebut.

Jelasnya, tiga mangsa lain yang merupakan murid di Kelas Enam, Empat dan Tiga turut membuat aduan sama dirogol oleh sekumpulan guru tersebut.

“Mangsa turut memberitahu mereka akan dibunuh sekiranya membongkarkan kejadian tersebut,” katanya.

Menurut Yadav, apabila seorang mangsa memberitahu perkara tersebut kepada seorang guru wanita, kesnya cuba ditutup dengan menawarkan tanggungan yuran pembelajaran dan buku.

Guru itu malah meminta mangsa tidak membuat aduan kepada sesiapa.

“Guru itu membawa mangsa ke rumah tiga guru termasuk guru besar yang berada di sana beberapa kali. Kesemua suspek mengambil alkohol dan dalam keadaan mabuk menanggalkan pakaian mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk,” katanya.

Sementara itu, seorang bapa yang datang ke sekolah bagi membuat aduan mengenai kejadian rogol itu diugut oleh guru besar sekolah tersebut.

“Guru besar itu mengugut abangnya ialah seorang menteri. Dia beritahu, kalau saya buat aduan, dia akan bunuh saya,” luahnya.

sumber : MG