Panas!! “Ini kebodohan kerajaan PAS sekarang”, sindir Mat Said

Pengerusi Umno terengganu, Dato Seri Mohamad Said harini menemplak kerajaan Pas Terengganu di atas isu punca banjir di kawasanya harini. Katanya, kerajaan Pas telah membina 2 kolam takungan air dikawasanya sehingga menyebabkan air naik hingga ke paras dada sekarang.

“Ini kebodohan kerajaan Pas sekarang dan jabatan saliran air yang telah menyebabkan banjir teruk di kawasanya”, kata Mohamad Said.

UMNO Terengganu juga mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

UMNO Terengganu akan meletakkan calonnya di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“UMNO juga akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu pada PRU15 kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kerusi tradisi milik UMNO.

“Kita mahu ambil semula kerusi yang telah ‘lompat’ dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Seri Amar, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Mohd Hisham Zubir; Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad.

Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata, UMNO Terengganu menolak kerjasama dengan Pas bagi memperjuangkan hak rakyat yang dilihat semakin dipinggirkan.

Menurutnya, beliau berpendapat tidak wujud Muafakat Nasional (MN) di Terengganu apabila kerajaan negeri Terengganu dilihat tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia susulan agihan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani pandemik Covid-19 yang didakwa tidak diberikan sama rata kepada wakil rakyat.

“Saya bandingkan cara agihan yang diberikan kerajaan Pahang dan Perlis yang diterajui BN. Mereka mengagihkan sama rata sama ada wakil rakyat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebagainya kerana ia melibatkan hak rakyat.

“Tapi sini wakil rakyat UMNO hanya dapat peruntukan RM45,000 berbanding wakil rakyat Pas sebanyak RM350,000 dan RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN yang dikendalikan Pas.

“Di Perlis dan Pahang, peruntukan itu diagihkan sama rata, tetapi di Terengganu tidak berlaku kerana tiada perbincangan berhubung agihan itu,” katanya.

COMMENTS