Pekerja dari Neraka
Daripada beratus orang yang aku pernah ambik pekerja, tak pernah dapat yang busuk hati macam diorang ni
Diorang ni asalnya subcon kitorang untuk salah satu klinik yg kitorang buat. Masa tu kerja macam elok (last ada banyak masalah gak) .
So kitorang pun offer diorang untuk jadi staff
Sorang project manager, laki tu. Nama dia Mohd Khairulazwan, orang panggil dia Deck.
Sorang lagi creative / interior designer, yang perempuan tu. Nama dia Fatin Nadiah
Gaji tinggi. Lagi tinggi daripada harga gaji market position diorang. Memang offer gaji tinggi tu sbg compensation jugak untuk diorang daripada ada business sendiri, join masuk bawah kitorang sebagai staff
Masa tu bulan Ogos 2020. Maka bermula dari situ bermulalah perjalanan kesengsaraan kitorang sebagai majikan
1) Diorang duk menghasut pekerja kitorang kiri dan kanan. Hasut kitorang cakap partner kitorang ‘makan’ belakang. Benda yang diorang sendiri buat dekat kitorang. Hasut staff mengatakan kitorang ni majikan yang teruk. Siap suruh staff lain cakap “boss superbodoh”
2) Diorang makan duit orang tengah. Dah kerja dengan kitorang, tapi buat macam diorang sub con. Bayaran kepada pekerja indon yang dia handle banyak duit yang dia telan. Claim OT untuk pekerja indon tu ikut undang-undang. Rupanya dia bayar bayaran kuli murahan
3) Ada client mintak kat diorang kabinet solid wood. Diorang pergi bagi MDF (lower quality). Beza harga dua tu bukan sikit. Lepas tu bila suruh explain dia punya putar alam tu macam orang lain bodoh sangat.
Tapi tak taulah. Dia antara dua. Antara diorang sengaja bagi MDF berbanding solid wood. Ataupun mmg betul supplier tipu diorang (alasan diorang), dan diorang pun bodoh tak reti bezakan MDF ataupun solid wood.
4) Paling best yang creative / interior designer tu. Memang tanggungjawab dia buat 3D drawing. Tapi memang lembab habis nak dapat. Duk bagi alasan laptop rosak, laptop lambat. Aku belikan laptop paling mahal yg aku jumpa. Tak dapat gak hasil kerja. Duk kata busy, aku ambik staff baru letak bawah dia, suruh dia train
Last-last staff bawah dia tu cerita. Yang dia tu tak reti pun buat 3D. Selama ni dia bayar orang lain. Dan bila aku suruh dia train staff baru tu, dia pergi suruh staff budak baru tu bayar orang lain gak.
Macam wow. Gila nak hidup macam tu.
5) Dan lepas projek siap…. Kos projek jadi tinggi nak mati. Mahal semahal mana kitorang ambik diorang sebagai subcon, malahan lebih lagi. Sedangkan ni diorang dah kerja dengan kitorang. Mana tak sakit jiwa
6) Berkepit sana sini. Beli barang dari supplier sekali. Pergi gantung frame sekali. Pergi Penang sekali. Kenapa ntah. Sedangkan laki tu laki orang. Lepas tu dekat site tinggalkan staff bawah diorang, diorang menghilang. Pastu kata staff bawah diorang tak bagus. Yang perempuan tu dekat belakang cakap konon tengah nak bertunang & kahwin dengan orang lain, tapi duk berkepit macam tu jugak.
Seriously….
Sepanjang diorang kerja dengan kitorang, dari Ogos 2020 sampai February 2021…..
Hampir setiap bulan ada masalah. Hampir setiap bulan aku kena paksa diri aku utk husnuzon dengan diorang. Yang manusia buat silap. Untuk lupakan kesilapan lama, dan fokus pada improve untuk masa depan.
Aku dengan partner aku sampai ada malam tak boleh nak tidur. Konflik dalaman.
Sampailah diorang keluar, dan segalanya terdedah…..
Lepas tahu diorang ni memang celaka.
Terus hidup aku jadi tenang. Tidur aku jadi lena
Dia ibarat kita ada toksik dalam badan, selagi toksik tu ada dalam perut, kita takkan selesa.
Bila kita cirit kan je toksik tu, fuhhh. Nikmat dan leganya. Tak terkata.
Macam tu lah perasaan aku bila akhirnya dua orang dari neraka ni keluar. Dan bila aku dapat bukti dan saksi yang jelas yang diorang ni memang celaka rupanya.
Kepada korang dua, yang aku yakin mesti akan sampai punya post ni kat korang.
Saman mahkamah daripada pihak kitorang akan mula difailkan dalam minggu ni jugak. Bermula daripada tu, korang akan ada 14 hari untuk balas.
Ni aku bagitau ni sebab aku memang nak sangat jumpa korang kat mahkamah. Takde settle belakang. Aku nak bawak kes ni ke mahkamah, proceed dengan civil, dah habis civil, aku nak proceed dengan criminal pulak.
Jadi jangan lari. Bukannya aku tak tau korang kerja dengan siapa sekarang ni. Lagipun dengar cerita macam dah biasa turun naik mahkamah sampai dah bankrap. Mesti dah biasa kan dengan prosedur.
See you guys in court 😊
P/S: pengajaran utama buat aku, sentiasa kena test skill dan knowledge orang tu on the spot masa interview. Jangan percaya dari hasil kerja yang tak buat depan mata
P/SS: kalau rasa korang nampak dua orang ni, nak buat renovation / construction rumah atau klinik korang. Berhati-hati lah ye. Seriously.
P/SSS: boleh share kalau korang setuju orang lain perlu berhati-hati dengan dua makhluk ni
sumber :