Umum mengetahui suhu kini mencecah cuaca ekstrem di Tanah Suci Mekah.
Para jemaah bukan sahaja perlu melengkapkan ibadah haji mereka, namun perlu berdepan dengan cuaca yang mampu memberikan tekanan hebat hingga boleh mengalami strok haba.
Media luar negara dan akhbar tempatan turut giat melaporkan kisah-kisah berkenaan para jemaah yang meninggal dunia akibat mengalami panas yang berterusan.
Namun, baru-baru ini seorang jemaah Malaysia ada berkongsikan hantaran yang memaparkan jemaah haji terlantar di beberapa kawasan di Mekah dan difahamkan mereka telah meninggal dunia.
Apa yang menghairankan, tiada bantuan medik yang dihulurkan dan mereka sekadar ditutup dengan kain ihram yang turut menimbulkan sayu pada hati sesiapa sahaja yang melihat.
Dapat dilihat walaupun ramai jemaah yang melalui kawasan itu, mereka sekadar mampu mengucapkan “Innalillahiwainnailaihirojiun” dan kembali meneruskan perjalanan melontar jamrah.
Difahamkan, setiap tahun kerajaan Arab Saudi berdepan masalah serta cabaran dalam menangani kemasukan jemaah haji yang menggunakan permit tidak sah.
Mereka tidak mempunyai fasiliti sama seperti jemaah berdaftar dan ini merisikokan jemaah haji tanpa permit ini kepada risiko strok haba.
Baca juga: “Sedih tengok jiran meninggal, anak menantu semua tak jenguk sebab dah pergi luar negara”