Panas!! MP pembangkang keluar dewan, protes ahli pakai PPE masuk dewan

Sidang Parlimen kecoh selepas sejumlah ahli parlimen pembangkang keluar dewan sebelum undi belah bahagi dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pihak pembangkang mula keluar selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Azhar Azizan Harun mengenai kehadiran tiga ahli parlimen memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Ketiga-tiga mereka ahli parlimen itu sedang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat untuk mengundi syarat dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk memakai PPE.

Tiga wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Batu, P Parabakaran.

sumber: https://www.malaysiakini.com/news/555138

COMMENTS